panduan buat duit untuk ahli baru Mymode
Mymode Sebagai Peluang Buat Duit Online Dan Offline
Saya amat pasti yang kini anda sudah mempunyai sekurang-kurangnya sedikit pengetahuan tentang apa itu bisnes Mymode dan apakah potensinya dalam angan-angan anda untuk buat duit online dan offline dengan prepaid "Mymode". Walau bagaimanapun, apa yang saya rasa merunsingkan anda sekarang adalah bagaimana pula cara yang terbaik untuk promosi perniagaan Mymode topup? Cukupkah dengan mencipta sebuah laman web atau blog yang menceritakan tentang bisnes Mymode, kemudian sediakan satu ayat yang mengajak orang ramai join Mymode?
Jika anda menyertai Mymode Network pada tahun 2005, mungkin anda kini salah seorang di dalam bisnes Mymode yang sudah kaya dan mewah hasil usaha anda promosi Mymode secara online.
Tapi anda sekarang berada dalam tahun 2008, tiga tahun selepas saudara Nor Adi Jaafar, founder prepaid4u berpangkat 6-star CM dalam perniagaan Mymode yang telah merintis jalan untuk promosi bisnes Mymode secara online. Selepas kejayaan Nor Adi, berpuluh ribu rakyat Malaysia dengan mudahnya dapat mengakses maklumat tentang apa itu Mymode di internet dan menyertainya. Selepas itu jugalah, muncul beribu-ribu, malahan berpuluh ribu laman telah diwujudkan di Internet semata-mata untuk mempromosikan bisnes topup Mymode secara online.
Dengan kata lain, anda mungkin akan gagal sekiranya anda rasa sangat mudah untuk promosi Mymode di Internet. Buktinya jelas, anda boleh cuba untuk search "mymode" di Google dan anda akan menerima lebih kurang 458,000 carian tentang mymode. Jika anda buat sekarang satu laman atau blog tentang bisnes topup mymode, jumlah carian akan meningkat kepada 458,001. Di mana laman anda akan disenaraikan? Satu muka penuh carian di Google cuma ada sepuluh, jadi laman anda tentang perniagaan Mymode akan tersenarai di muka yang ke 45,800. Hahaha bayangkan kalau anda baru nak mengetahui tentang bisnes Mymode, adakah anda akan mulakan carian dengan pergi ke mukasurat yang paling akhir dahulu? Fikirkanlah...;-P
Pada peringkat inilah ramai yang akhirnya kecewa untuk promosi mymode secara online dan cuba pula untuk promosi di luar. Promosi di luar bererti bersaing dengan bisnes sedia ada di luar sana dan anda pula harus bersedia untuk mengeluarkan budget untuk menyediakan alat-alat promosi. Anda harus siapkan belanja untuk poster,banner,flyers, dan sebagainya. Anda juga harus keluar untuk promosi dan meluangkan masa yang banyak untuk promosi.
Pengakuan : Saya mungkin tidak banyak downline, tetapi hakikatnya kebanyakan daripada downline yang saya perolehi datang daripada laman ini dan juga daripada beberapa kempen yang saya jalankan di Internet. Dan untuk pengetahuan anda, laman ini juga bukanlah lama sangat, malahan masih baru. Malahan pada hari ini, saya masih terus berusaha untuk bersaing untuk meletakkan laman atau blog mymode saya ini di muka pertama. Kita lihat sekarang bagaimana Google meletakkan mana-mana laman atau web di Internet berdasarkan carian kata kunci "mymode".
Kajian Intensif Laman Web Atau Blog Bisnes Mymode Di Carian Google
(Nota : hasil kajian di sini cumalah contoh yang anda boleh gunapakai kerana ia merujuk kepada carian yang dilakukan sebelum ini, jadi terdapat kemungkinan hasilnya berubah apabila anda mencuba di masa akan datang. Tidak banyak beza dan tak mustahil anda akan terjumpa blog saya ini juga di muka pertama...;-) )
Berdasarkan gambar di atas, anda dapat melihat sendiri bagaimana Google menyusun hasil carian apabila anda taip mymode. Dua carian yang pertama datang daripada laman mymode sendiri manakala tempat ke-3 jatuh kepada Prepaid4u.Net. Sengaja saya highlight dengan kotak merah di sebelah kanan, iaitu jumlah keseluruhan carian daripada perkataan mymode.
Sekarang lihat pula bagaimana kalau carian dilakukan untuk blog percuma saya ini bila saya taip "mymode network".
Ok, seronok sebenarnya apabila kita lihat website atau laman kita berada di halaman pertama carian Google...kita dapat merasakan hasil usaha kita untuk promosi bisnes mymode berhasil dan mencapai kejayaan. Tak lama lagi ramailah yang akan mendaftar sebagai downline mymode dan berkembanglah perniagaan mymode prepaid anda.
Tapi kenyataan di atas sebenarnya cuma indah khabar dari rupa...
Kenapa? Apa masalahnya? Bukankah berada di tempat pertama memudahkan kerja kita? Hakikatnya berada di tempat pertama untuk kata kunci 'mymode network' bukanlah satu perkara yang luarbiasa. Bahkah hakikatnya anda yang baru memulakan laman blog Mymode anda sendiri pun mampu melakukannya.
Buktinya ialah apabila kita cuba lihat laman promosi bisnes Mymode di bawah:
Laman mymode-sms mendahului carta apabila anda masukkan keyword 'mymode sms'. Ini sudah pasti dan jelas lagi nyata kerana laman tersebut menggunakan keyword tersebut sebagai nama blognya. Jadi tidak hairan kalau ia mendapat tempat pertama. Buat pengetahuan anda, ada juga laman dengan alamat mymode.blogspot.com. Sayangnya ia gagal mendapat tempat pertama di dalam carta kerana ia tidak pernah dikemaskinikan. Ada kemungkinan yang ia telah didaftarkan oleh syarikat sendiri untuk mengelakkan penggunaan promosi mymode yang menyeleweng dan bertujuan mengelirukan. Begitu juga dengan laman prepaid4u.blogspot.com. Wujud tetapi tidak dikemaskinikan. Buat pengetahuan anda, keadaannya sama bila anda cuba mendaftarkan laman dengan nama google.blogspot.com atau yahoo.blogspot.com. Ini melibatkan perundangan pula kerana tiap nama tersebut termasuk nama syarikat mymode merupakan nama yang berdaftar yang tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya.
Secara ringkasnya, apabila anda berminat dan cuba untuk promosi mymode secara online dengan mencipta laman web atau blog, adalah penting bagi anda untuk ingat perkara-perkara penting ini:
Blog Anda Bukan Untuk Anda
Ya, kerana anda buat blog untuk tujuan promosi perniagaan mymode anda. Sentiasa ingatkan diri anda untuk berfikir seperti orang awam yang ingin tahu tentang bisnes topup mymode.
Contoh: Adi Nor cuma orang biasa yang tak pernah dengar tentang prepaid Mymode. Satu hari rakannya Jaafar bercerita panjang lebar tentang bisnes reload mymode kepadanya. Adi Nor tertarik untuk mengenali mymode dengan lebih mendalam tetapi cuba untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam tentang buat duit dengan mymode tanpa bertanya kepada Jaafar. Ini kerana dia ingin tahu pendapat yang tidak berat sebelah ataupun cerita yang hanya menceritakan kebaikan tentang bisnes mymode. Lalu dia cuba untuk selidik di internet. Masuk saja Google, dia terus taip keyword 'mymode'.
Dari contoh di atas, jelas tak kenapa pentingnya anda berfikir sama seperti orang yang baru nak mengenali bisnes mymode? Google mempunyai sistem yang unik di mana ia mengembalikan hasil carian yang relevan dengan apa yang dikehendaki oleh pengguna. Jika pengguna taip 'selipar', ia akan keluarkan hasil carian berkaitan dengan selipar. Ia tidak akan keluarkan hasil carian berkaitan seluar. Begitu juga jika anda taip 'biskut raya', google akan keluarkan carian berkaitan dengan biskut raya.
Google Mahu Website Atau Blog Yang Relevan
Seperti syarikat-syarikat yang lain, Google mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap pelanggan-pelanggannya. Pelanggan-pelanggan Google adalah mereka yang menggunakan Google sebagai tempat untuk mereka mengiklankan perniagaan mereka. Oleh sebab itu Google senantiasa berusaha meningkatkan teknologi enjin pencarinya supaya apa yang dicari oleh pengguna akan mengembalikan hasil carian yang relevan. Ini penting supaya produk diiklankan melalui Google sampai kepada orang awam dengan berkesan.
Ini adalah sebab utama kenapa website bisnes mymode merupakan hasil carian yang pertama apabila anda taip 'mymode'. Enjin pencari Google akan berusaha untuk mengembalikan website atau blog yang relevan dengan keyword tersebut. Namun begitu, harus saya ingatkan bahawa Google cumalah robot hasil daripada programming peringkat tinggi. Ia tidak faham apa yang anda benar-benar mahukan. Ia cuma faham keyword yang anda taip. Ia akan cuba cari semua laman yang mempunyai perkataan 'mymode' termasuk laman dengan ejaan yang hampir sama seperti 'my mode'. Tetapi apabila anda tambah keyword supaya lebih terperinci, Google akan mencari laman yang lebih terperinci dan akan menapis kesemuanya lalu menyusunnya mengikut turutan yang diyakininya relevan dengan apa yang dicari oleh pengguna.
Kaji sendiri: Cuba anda cari frasa ini "bisnes prepaid mymode buat duit online". Website mana yang akan keluar dulu?
Perlu juga saya ingatkan di sini tentang penggunaan laman web atau blog percuma atau tidak. Saya akan bincangkannya satu hari nanti apakah kelebihan menggunakan domain sendiri dan apa pula pro jika guna blog percuma. Apa yang pasti, tidak menjadi satu masalah jika anda memilih untuk guna blog percuma, apatah lagi jika anda pilih blogspot kerana ia amat friendly dengan Google.
Sekali Lagi Pentingnya Berfikir Seperti Pengguna
Meletakkan diri anda sebagai pengguna merupakan fakta yang tidak boleh diketepikan sama sekali jika anda betul-betul berminat untuk mempromosikan bisnes prepaid mymode secara online. Pengguna mencari maklumat yang adil dan tidak akan berhenti mencari maklumat yang relevan dengan apa yang bermain di fikiran mereka. Jika boleh, mereka mahukan penjelasan yang padat dan nyata tentang cara untuk buat duit dengan mymode. Mereka tidak mahukan penjelasan yang sekadar mengajak untuk join mymode atau menyertainya secara membuta-tuli. Mereka juga mahu tahu benarkah ada di kalangan mereka (rakyat Malaysia) yang dah pernah buat duit dengan mymode. Mereka juga tidak mahu sekadar membaca testimonial dari website mymode atau dari website prepaid4u. Pendek kata, mereka tidak mahu tertipu atau ditipu untuk menyertai bisnes sms mymode.
Optimasikan Blog Laman Web Anda
Inilah sebenarnya yang harus anda lakukan apabila anda mahu promosi laman web perniagaan mymode anda. Optimasi di sini bermaksud:
- Menyediakan laman yang lengkap dengan pelbagai maklumat tentang bisnes Mymode
- Meletakkan pilihan yang pelbagai kepada pengguna seperti link ke website lain yang turut bercerita tentang Mymode supaya anda tidak kelihatan berat sebelah atau sekadar menarik perhatian
- Mempromosikan laman/blog anda di merata-rata tempat seperti dalam yahoogroup atau di dalam mana-mana forum yang anda sertai
- Menghubungi pemilik laman/blog yang lain untuk tujuan bertukar-tukar link dan sebagainya.
- Menghantar laman web/blog anda ke direktori Google dan lain-lain.
- Memilih keyword yang sesuai untuk anda gunakan di dalam laman web/blog anda
Jika ini adalah kali pertama anda ke blog Mymode Network dan baru berhasrat menyertai Mymode, jangan segan-segan untuk mengunjungi website Prepaid4u. Prepaid4u mymode menyediakan pelbagai kemudahan yang anda boleh gunakan untuk promosi bisnes prepaid mymode. Antara yang paling menarik ialah prepaid4u menyediakan laman replika yang memiliki id anda sendiri sebagai langkah mudah untuk promosi perniagaan mymode anda. Akan datang saya akan ceritakan bagaimana cara terbaik untuk promosi laman replika prepaid4u anda.
Kata kata akhir dari saya - Buat duit online dengan bisnes Mymode menggunakan handphone prepaid bukanlah satu perkara baru dan bukan juga sesuatu yang perlu anda ragukan keberkesanannya. Jika anda masih belum join Mymode, saya tidak galakkan anda untuk join terus tanpa mengkajinya terlebih dahulu. Selidik kesemuanya tentang bisnes topup mymode kerana tanpa pengetahuan yang mendalam, anda mungkin akan kecewa selepas menyertainya. Anda mungkin hilang kepercayaan terhadap potensi buat duit dengan mymode. Percayalah, hari ini bisnes mymode adalah salah satu bisnes prepaid topup yang terulung di Malaysia tanpa promosi yang ekstrem di kaca tv atau akhbar. Banyak juga yang telah saya rungkaikan di blog ini tentang perniagaan prepaid mymode. Kalau ingin tahu asalnya bagaimana saya sertai mymode, anda boleh ke sini. Kalau anda ingin tahu tentang pendapatan yang boleh anda perolehi bila anda buat duit dengan mymode, anda boleh lawati lamannya di sini.
Tidak menjadi satu masalah pada saya sekiranya anda lebih berminat untuk tahu bagaimana buat duit dengan bisnes prepaid mymode secara terus daripada saya. Anda boleh sms nama anda dan soalan anda kepada saya di 012-241-5054.
Salam,
Admin Mymode Network J&N
Peluang buat duit online dengan bisnes prepaid mymode topup dan reload Maxis,Hotlink,Celcom,Tmnet prepaid,iTalk,Onecomm.Jana pendapatan impian anda dengan Mymode.
Mymode is a mobile solution service brought to you by Advances Mobile Services & Solutions Sdn Bhd (AMOSS). With Mymode, you will have the chance to earn hard cash through selling of prepaid cards for various prepaid mobile phones plans such as Maxis Hotlink Prepaid, Celcom Blue, OneComm, Tmnet Prepaid Streamyx, UMobile, and lot other cellphones plans.
No comments:
Post a Comment