Discovering the Truth : Warning and Explanation About Mymode
English version here
Bukan lagi satu keraguan Mymode kini merupakan antara sebuah syarikat perniagaan prepaid mobil yang terulung di Malaysia dan dikenali ramai. Ini juga merupakan salah satu fakta yang diperakui oleh mereka yang saban waktu mencari jalan bagaimana untuk menambah pendapatan dan memperbanyakkan cabang pendapatan. Memandangkan Mymode adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia yang menawarkan peluang buat duit daripada jualan prepaid hanya dengan SMS, tidak hairan kalau Mymode mampu menjadi gergasi di dalam industri ini.
Buat duit daripada penjualan kad prepaid mobil merupakan produk utama dalam Mymode. Apa yang paling menarik ialah anda boleh menjual kad prepaid dan kad reload pada pelanggan anda tanpa perlu membawa apa-apa keperluan selain handphone anda. Cuma perlu hantar arahan SMS dan Mymode akan mengirimkan nombor siri dan kod reload kepada anda atau pelanggan anda terus.
Bagaimana ini boleh terjadi?
Di sinilah keistimewaan Mymode; apabila anda mendaftar dengan prepaid Mymode, anda akan menerima pin kod 4-digit melalui SMS. Kod ini merupakan nadi perniagaan anda, kerana ia berfungsi sebagai pengenalan unik anda tiap kali berurusan dengan syarikat/server. Untuk tujuan contoh, andaikan anda telah mendaftar dan menerima pin kod 2468.
Katakanlah ada seseorang yang menggunakan prabayar Hotlink dan mahukan tambah nilai sebanyak RM30. Masalah yang dihadapinya ialah waktu itu jam 2 pagi dan dia tidak rasa perlu untuk keluar. Sebagai ejen Mymode, anda boleh memesan produk pada bila-bila masa sahaja. Mymode menawarkan perkhidmatannya 24 jam. Hanya dengan satu arahan SMS sahaja pesanan boleh dibuat. Sekarang, masih ingat contoh kita tadi iaitu pin kod 2468? Di bawah ialah bagaimana anda menghantar arahan SMS kepada MyMode Network:
"Nombor pin 4 digit anda" "kod produk" "nilai" "to" "nombor telefon pengguna"
Contoh : 2468 m 30 to 012xxxxxxx
Contoh : 2468 m 30 to 012xxxxxxx
Sangat mudah kan?
Soalnya sekarang, apa yang bermain di fikiran anda bukanlah betapa mudah untuk buat duit dengan Mymode, tapi berapa banyak duit dan pendapatan yang anda boleh perolehi daripadanya bukan? Secara jujur saya katakan, Mymode tidak akan membuatkan anda kaya sekelip mata.
Amaran : Pada sesiapa yang merasakan Mymode boleh menjanjikan peluang buat duit dalam masa singkat dan cepat, sila tinggalkan laman ini sekarang juga kerana di sini bukan tempatnya yang anda cari. Ya, anda boleh buat duit jana pendapatan dengan Mymode, tapi Mymode merupakan perniagaan sah yang menghormati etika perniagaan. Maaf, mungkin anda perlu mencari peluang buat duit yang lain yang selalunya scam sekiranya anda tidak punya kesabaran yang diperlukan untuk buat duit dengan Mymode.
Sekarang saya mesti katakan bahawa terdapat banyak di luar sana yang mempromosikan Mymode tetapi tidak benar-benar memberitahu anda perkara sebenar tentang Mymode. Semuanya indah khabar dari rupa & sekadar menanam tebu di tepi bibir.
Jadi adakah Mymode ini satu penipuan?
Jika anda bercakap tentang skim piramid dan seumpamanya, maka Mymode bukanlah sebahagian daripadanya.
Jika anda bercakap tentang skim cepat kaya dan seumpamanya, maka Mymode bukanlah juga tergolong dalam kelompok itu.
Mymode merupakan sebuah perniagaan yang sah dan halal yang bertapak di Malaysia. Ini bukan perniagaan 'atas angin' memandangkan Mymode telah berjaya menjadi yang pertama di dalam bidangnya yang menerima pengiktirafan dan kepercayaan daripada Maybank. Inilah sebabnya mengapa Mymode kelihatan memiliki lebih banyak ahli berbanding MobileWallet.
Jadi kenapa saya kata ia penipuan? Mengapa saya harus memberi amaran kepada orang ramai?
Jawapannya terletak pada bagaimana caranya kebanyakan daripada ejen Mymode mempromosikan Mymode dan kebaikannya. Terdapat banyak yang mencanangkan bahawa Mymode boleh membuatkan anda kaya raya. Banyak juga yang mengatakan Mymode boleh menjimatkan penggunaan wang anda waktu membeli tambah nilai untuk prabayar Maxis, Celcom, Tm, dan juga iTalk.
Lalu dengan dukacitanya saya umumkan berita buruk buat anda;
Anda tidak akan menjimatkan wang anda apabila menjadi ejen Mymode. Ia mungkin akan menyelamatkan beberapa sen tetapi sebagai gantinya and juga harus membelanjakan beberapa sen atau mungkin lebih seringgit. Terkejut? Anda tidak patut terkejut, tetapi harap dapat terus luangkan masa membaca lebih lengkap tentang Mymode. Sekali lagi, sekiranya rancangan anda adalah untuk buat duit dengan Mymode sekelip mata, saya menggalakkan anda mencuba di tempat lain atau pelan perniagaan lain.
Apa yang akan saya beritahu merupakan sesuaatu yang anda mungkin tidak akan tahu sekalipun anda telah menyertainya selama berbulan-bulan. Anda boleh anggap ini sebagai suatu maklumat yang berguna untuk memastikan anda mampu berjaya dengan Mymode sekiranya anda merancang untuk buat duit dengan Mymode.
Mungkin pada peringkat ini anda sudah pun tahu berapakah yang diperlukan untuk pendaftaran Mymode. Untuk pendatang baru, pendaftaran ialah RM65. Jumlah ini merupakan kombinasi yuran pendaftaran bernilai RM54 dan bakinya iaitu sebanyak RM11 akan dikembalikan ke dalam akaun Mymode, yakni bertindak sebagai modal pertama anda. Mymode memanggil modal ini sebagai MyEcash (sebelum ini dikenali sebagai mypoints). 1 Myecash bersamaan dengan RM1.
Selalunya ejen Mymode yang baru akan menggunakan modal pertama ini untuk percubaan dengan menambahnilaikan prabayar mobil mereka. Sekarang, apabila anda hantar arahan SMS kepada server Mymode, anda menggunakan kredit anda sendiri bukan? Jika anda guna Maxis hotlink, mungkin anda tak rasa banyak sangat kerana anda cuma akan dicaj 1 sen untuk satu sms, dengan syarat anda telah menjadikan nombor server Mymode sebagai salah satu daripada Activ10 anda. Apabila permintaan dibuat, anda akan dicaj pula oleh syarikat beberapa sen, di mana ia akan ditolak daripada akaun Myecash anda. Dengan kata lain, jika anda reload RM10, modal pertama anda kini akan tinggal kurang daripada seringgit.
Faham kan?
Satu lagi yang menarik tentang Mymode ialah anda boleh tambah nilai akaun Myecash anda terus melalui mesin ATM Maybank. Terdapat pilihan menu di mana anda boleh tambah nilai pada minimum RM30. Katakanlah anda mahu tambah nilai akaun Myecash anda RM30, anda akan terima slip yang mempunyai nombor kod tambah nilai, dan anda hanya perlu hantar arahan SMS kepada server Mymode. Sekiranya permintaan anda berjaya, anda akan menerima jumlah ditambahkan kepada akaun Myecash anda kurang seringgit. Ya, seringgit akan ditolak daripada nilai apabila anda menggunakan ATM Maybank untuk tambah nilai akaun Myecash anda.
Dapatkah anda gambarkan sekarang situasinya? Tahukah anda sekarang kenapa anda tak mungkin akan perolehi pendapatan buat duit sekelip mata turun dari langit dengan Mymode?
Jadi kenapa pula terlalu banyak dakwaan anda boleh buat duit yang banyak dengan Mymode?
Tahukah anda, anda juga akan menerima SMS daripada Mymode sekali seminggu untuk makluman tentang baki akaun Myecash anda? Tahukah anda makluman itu tidak percuma?
Jadi sekarang siapa yang kata anda boleh jimat duit (kredit) anda dengan Mymode?
Ada caranya jika anda benar-benar merasakan Mymode adalah produk yang anda percaya mampu buat duit untuk anda. Itupun jika anda ingin tahu bagaimana untuk buat duit dengan Mymode.
Belajar bagaimana:
--menggunakan tips dan helah menyelamatkan beberapa sen dan ringgit bila guna Mymode.
--meluas dan mengembangkan rangkaian perniagaan anda pada masa yang sesuai.
--menguruskan waktu untuk anda mendalami Mymode dari A hingga Z.
Di Mymode Network J&N, kami membantu anda untuk mempelajari dan menguasai semua perkara ini. Kami mungkin bukan pakar, tetapi kami mempunyai alat yang sesuai untuk anda. Saya akan menerangkan lebih lanjut nanti bagaimana untuk menggunakan kaedah rangkaian yang efektif termasuk menggunakan internet sebagai sebahagian daripada strategi pemasaran dalam Mymode.
Sehingga ketemu lagi.
Salam!
Versi English di sini
Mymode is a mobile solution service brought to you by Advances Mobile Services & Solutions Sdn Bhd (AMOSS). With Mymode, you will have the chance to earn hard cash through selling of prepaid cards for various prepaid mobile phones plans such as Maxis Hotlink Prepaid, Celcom Blue, OneComm, Tmnet Prepaid Streamyx, UMobile, and lot other cellphones plans.
Bardzo fajny wpis. Pozdrawiam
ReplyDelete